Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

UPKO mahu MyKad dikeluarkan semula

PEMANGKU Presiden Upko Datuk Seri Wilfred Madius Tangau. – Foto Edmund Samunting

 

PENAMPANG: Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) tetap komited dengan pendirian untuk meminta kerajaan melaksanakan urus tadbir semula kewarganegaraan di Sabah.

Pemangku Presiden UPKO, Datuk Seri Madius Tangau, berkata cadangan UPKO dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang asing tanpa izin (PATI) sebelum ini akan terus digesa supaya kerajaan menarik balik semua MyKad dikeluarkan di Sabah.

Selain itu, katanya, UPKO mencadangkan pendaftaran semula MyKad menggunakan teknologi biometrik dan pengenalan wajah seperti mana yang digunakan di Qatar dan India.

“Kita yakin dengan langkah ini, urus tadbir kewarganegaraan akan lebih berkesan, sekali gus mampu menangani masalah kemasukan warga asing di negeri ini.

“Saya juga mahu menyangkal tuduhan dan fitnah yang menyatakan kami bersekongkol dalam pemberian kewarganegaraan dan dokumen kepada warga asing,” katanya kepada media selepas merasmikan ulang tahun UPKO ke-24 di Pusat Kebudayaan Penampang, di sini, malam tadi.

Yang turut hadir ialah Presiden Kehormat UPKO, Tan Sri Bernard Dompok.

Cadangan menarik balik semula MyKad yang dikeluarkan di Sabah pernah dicadangkan beberapa pihak termasuk UPKO menerusi RCI mengenai PATI di Sabah, antara lain bagi menangani apa yang disebut sebagai ‘Projek IC’.

Sementara itu, Madius yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, berkata Jabatan Perdana Menteri sudah memberi jawapan secara lisan kepada beliau untuk menubuhkan jawatankuasa khas Kabinet bagi membincangkan bagaimana perkara berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

Katanya, beliau sudah meminta menteri yang bertanggungjawab supaya UPKO diberi peranan dan pihaknya akan menghantar nama bagi mewakili parti itu dalam jawatankuasa berkenaan.

“Nama itu akan dihantar untuk dipertimbangkan oleh Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad). UPKO komited bagi memastikan perkara ini dapat dilaksanakan segera,” katanya. – Oleh Fardy Bungga/BH Online

Komen


Berita Berkaitan