Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

UPKO MAHU MAHKAMAH ANAK NEGERI DIWUJUDKAN DI LABUAN

Tangau menandatangan plak perasmian pejabat Upko Labuan. Gambar SNT/Ehsan Upko

LABUAN: Upko mengulangi gesaannya mahu kerajaan menubuhkan Mahkamah Anak Negeri untuk menjaga hal-ehwal adat penduduk asal yang menetap di pulau yang dahulunya adalah sebahagian daripada Sabah.

Pemangku Presiden Upko, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau pengwujudan Mahkamah Anak Negeri Wilayah Persekutuan Labuan amat perlu disebabkan masih banyak yang belum difahami Kerajaan Persekutuan yang mentadbir pulau ini tentang adat budaya orang asal Sabah.

Tangau berkata, Upko percaya kerajaan negeri baharu Sabah juga bersedia menimbangkan perkara ini berdasarkan komitmen dalam mengwujudkan satu kementerian baharu khas menjaga Undang-Undang dan Hal-Ehwal Anak Negeri.

“Dengan adanya Mahkamah Anak Negeri Labuan ini maka hal-hal seperti perkahwinan dan penceraian, dokumentasi berkenaan adat istiadat orang asal dan banyak lagi dapat diurus dan diselesai secara baik,” katanya.

Oleh itu, Upko berharap agar pentadbir Wilayah Persekutuan dapat menghormati permintaan penubuhan Mahkamah Anak Negeri di Labuan, kata Tangau semasa merasmikan Mesyuarat Agung Tritahunan kali ke-8 Upko Labuan baru-baru ini.

Sementara itu, Upko terus menerima keahlian baru dan antara yang terbaharu termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Asian Supply Base, Datuk Harris Anwar Tan beserta Pengurus Undang-Undang Asian Supply Base Labuan Marvin Chong.

Tangau menerima borang permohonan keahlian daripada Harris Anwar Tan dan Marvin Chong. Gambar SNT/Ehsan Upko

Tangau juga mengucapkan tahniah kepada Upko Labuan dan ketua Datuk Ronald Majaing atas perasmian pejabat Upko Labuan pada hari yang sama.

Selepas pemilihan bahagian, Upko Labuan menyaksikan pertukaran pemimpin dengan Lawrence Jomiji menjadi ketua bahagian baharu.

Turut hadir dalam majlis itu adalah Naib Presiden Upko Tan Sri Wences Anggang, Setiausaha Agung Datuk Donald Peter Mojuntin, Ketua Wanita Datin Seri Jainah Sintian, ahli majlis tertinggi, Datuk William Sampil serta exco Pemuda dan Wanita.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan