Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

UPKO Kota Belud kekal pendirian sokong penarikan semua kad pengenalan

 

Ewon menerima permohonan keahlian diketuai Maikat, pada program itu. - foto Monica Gidong
Ewon menerima permohonan keahlian diketuai Maikat, pada program itu. – foto Monica Gidong

KOTA BELUD – UPKO Bahagian Kota Belud mengulangi sokongan terhadap penarikan semula semua kad pengenalan yang dikeluarkan di Sabah untuk memberi laluan kepada penyiasatan penuh sebelum kad pengenalan yang baru dikeluarkan kepada penduduk tulen di Sabah.

Ketuanya, Ewon Benedick berkata, ahli UPKO di Kota Belud gembira selepas membaca kenyataan Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Ismail Ahmad mengenai kesediaan pihaknya untuk menarik semula semua kad pengenalan yang dikeluarkan di Sabah sebelum kad pengenalan baru dikeluarkan selepas siasatan dibuat.

“Kenyataan beliau sememangnya amat dialu-alukan terutamanya selepas isu berkenaan pengeluaran kad pengenalan dan masalah pendatang asing di Sabah ini dibincangkan secara komprehensif dalam Suruhanjaya Siasatan mengenai pendatang asing di Sabah.

“Sememangnya rakyat negeri ini sudah lama menunggu penyelesaian tuntas kepada masalah ini kerana ianya melibatkan kedaulatan negara kita,” kataya kepada pemberit pada Program UPKO Bersama Ahli-Ahli UPKO di tiga buah cawangannya iaitu Sukang, Pahu dan. Sumbilingon.

Ewon berkata, penarikan semula kad pengenalan ini merupakan pendirian bersama tiga Presiden parti-parti Barisan Nasional dari Sabah yang diumumkan pada 24 Mac 2013 di Hongkod Koisaan semasa pelancaran Program Tataba oleh Tan Sri Pairin Kitingan, Tan Sri Barnard Dompok dan Tan Sri Joseph Kurup. – oleh Monica Gidong / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan