Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,701

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Upko komited perjuangkan hak Sabah

2:12pm 19/08/2016 Elezebeth Esther Onjining 722 views Tempatan

Madius (dua dari kiri) ketika sidang media mengenai Isu Perjanjian Malaysia 1963, disini, hari ini

PENAMPANG- Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Bersatu (UPKO) sentiasa komited dalam memperjuangkan hak-hak masyarakat negeri Sabah.

Pemangku Presiden UPKO, Datuk Seri Panglima Madius Tangau berkata UPKO sentiasa memperjuangkan perkara-perkara yang berkaitan negeri ini seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963.

“Saya ingin memberi jaminan bahawa UPKO sentiasa memperjuangkan perkara itu sehinggakan Upko sendiri telah menghantar satu memorandum 10 perkara kepada Kerajaan Pusat.

“Saya juga ingin menyatakan bahawa tidak ada sebarang kekeliruan, sangsi tentang komitmen dan perjuangan UPKO dalam memperjuangkan hak-hak yang seharusnya dinikmati masyarakat Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar yang diadakan disini, hari ini.

Selain itu, Madius turut menasihati para ahlinya agar mendalami sejarah pembentukan Malaysia agar tidak mudah terjebak dengan anasir- anasir negatif yang mampu menimbulkan rasa sangsi terhadap perjuangan parti tersebut.

Tegasnya, ahli Upko tidak seharusnya terlalu ghairah mengenai perkara itu sehingga mengabaikan tanggungjawab yang jauh lebih penting seperti menjaga kebajikan dan memastikan masa depan rakyat terjamin.

“Masa depan rakyat dan ahli akan terjamin sekiranya kita menguasai ilmu pengetahuan seperti ilmu teknologi dan inovasi dengan sebaik mungkin untuk menjana ekonomi dan kesejahteraan hidup, katanya. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan