Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Upko Kinabatangan Saran Pejabat Pendidikan Daerah Di Tongod

tongod

SANDAKAN: Parti Pasok Momogun Kadazan Dusun Murut Bersatu (UPKO) Bahagian Kinabatangan melalui Biro Pendidikannya meminta kerajaan mengkaji pewujudan sebuah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Tongod.

Ketua bahagiannya yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Kuamut, Masiung Banah berkata keperluan mewujudkan sebuah PPD itu berikutan Tongod mempunyai 22 sekolah masing-masing 19 Sekolah Kebangsaan (SK) dan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK).

Katanya dari 25 daerah di negeri ini, hanya Tongod masih belum mempunyai PPD biarpun sudah diisytihar sebagai daerah penuh sejak 15 tahun lepas.

Katanya ia menimbulkan banyak kekeliruan kepada pelbagai pihak berhubung pentadbiran sekolah berkenaan dan ditambah PPD Tongod, Telupid berpejabat di pekan Telupid iaitu kira-kira 52km dari Pekan Tongod.

“Sekiranya PPD dapat diwujudkan di daerah itu, lebih banyak penambahbaikan dapat dilakukan berhubung birokrasi dalam pengurusan pentadbiran sekolah dan penyampaian sistem pendidikan negara selain peningkatan kecemerlangan pendidikan luar bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Mempengerusikan Mesyuarat Eksekutif UPKO Bahagian Kinabatangan di sini Rabu.

Sembilan belas SK itu ialah Entilibon, Linayukan, Sogo-Sogo, Pekan Tongod, Langkabong, Mananam, Maliau, Minusuh, Saguon, Tampasak, Penangah, Mangkawagu, Masaum, Imbak, Karamuak, Kenang-Kenangan, Kironggo dan Inarad.

Tiga sekolah menengah adalah SMK Tongod, Penangah dan Entilibon.

Menurut Masiung pada masa sekarang, semua sekolah berkenaan diletakkan di bawah pentadbiran PPD Tongod, Telupid.

Katanya sejak beberapa tahun ini, beberapa sekolah dalam daerah Tongod menunjukkan prestasi memberangsangkan termasuk keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Beliau berkata pada tahun ini, bagi keputusan STPM 2013, SMK Penangah antara sekolah mencapai keputusan terbaik bagi sekolah kawasan luar bandar.

Komen


Berita Berkaitan