Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

UPKO Kimanis anjur sambutan Pesta Kaamatan

Tailin bersama (lima dari kanan) Ahli Jawatankuasa Penganjur Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Bahagian UPKO Kimanis.
Tailin bersama (lima dari kanan) Ahli Jawatankuasa Penganjur Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Bahagian UPKO Kimanis.
KIMANIS : United Pasokmomogun Kadazandusun Organisation (UPKO) Bahagian Kimanis akan menganjurkan Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Bahagian UPKO Kimanis bermula 30 April hingga 1 Mei ini bertempat di Dewan Mini Kampung Kiulu Baru, Lumat, Membakut.
 
Menurut Ketua Bahagian UPKO Kimanis yang juga merupakan Pengerusi Penganjur, pelbagai acara menarik yang akan diadakan sepanjang dua hari program itu berlangsung.
 
“Antara acara menarik yang akan diadakan adalah Pertandingan Unduk Ngadau UPKO Kimanis, Pertandingan Sugandoi, Cabutan Tiket Bertuah serta banyak lagi,” kata Tailin.
 
“Sehubungan itu, orang ramai di sekitar kampung berdekatan adalah dijemput untuk hadir bukan sahaja untuk sama-sama memeriahkan majlis ini tetapi juga untuk mengekalkan adat dan tradisi yang sekian lama kita amalkan,” tambah beliau.
 
Majlis dijangka akan dirasmikan oleh Menteri Luar merangkap Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Haji Aman./SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan