Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,823

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

UPKO juga berhak tuntut kerusi yang pernah ditandingi: Ewon

9:55am 20/09/2016 Pak Roshan 195 views Mutakhir,Politik
MAHU TUNTUT... Ewon ketika menyampaikan amat pada konvensyen itu.

MAHU TUNTUT… Ewon ketika menyampaikan amat pada konvensyen itu.

RANAU: Ketua Bahagian Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Ranau, Datuk Dr. Ewon Ebin mencadangkan kepada pucuk pimpinan parti itu supaya kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dahulunya pernah diwakili UPKO dikembalikan semula pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Menurutnya, adalah wajar untuk UPKO menuntut semula kerusi-kerusi berkenaan sekiranya Parti Bersatu Sabah (PBS) meneruskan hasrat parti itu untuk melobi kerusi Bingkor yang sebelum ini diwakili UPKO.

“Kalau PBS berhasrat untuk bertanding di Bingkor, UPKO juga mahu kerusi yang pernah diwakili calon daripada parti itu sebelum ini seperti Kedamaian, Tamparuli dan Inanam diberi atau dikembalikan semula kepada UPKO,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan kepimpinan pusat PBS dalam akhbar tempatan sebelum ini yang mahukan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bingkor diberikan kepada parti itu pada PRU-14 nanti kerana calon yang mewakili UPKO pada pilihan raya lalu tewas.

Ewon yang juga Ahli Parlimen Ranau, berkata demikian dalam ucapan penggulungannya semasa Konvensyen UPKO Ranau di Dewan Masyarakat di sini pada Sabtu lalu yang dirasmikan Pemangku Presiden, Datuk Seri Madius Tangau.

“Selain itu, UPKO Ranau juga mencadangkan kepada pucuk pimpinan parti supaya UPKO diberi tambahan kerusi baru dan pada masa sama mengekalkan kerusi sedia ada,” tegasnya.

Ewon merujuk kepada penambahan 13 kerusi DUN baru di negeri ini dalam persempadanan semula yang disyorkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Terdahulu dalam ucapannya, Ewon mengajak ahli parti supaya memantapkan perpaduan disemua peringkat selain menggerakkan jentera parti untuk menghadapai pilihan raya umum yang akan datang.

“Anggota parti perlu bersatu dan bekerja keras selain mengukuhkan perpaduan sedia ada dikalangan parti-parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) sekiranya mahu BN terus memerintah,” katanya.

Menurut Ewon, anggota parti perlu mengambil iktibar daripada kejatuhan parti-parti yang berpengaruh besar di Sabah satu ketika dulu akibat daripada perpecahan serta pembalahan sesama sendiri. – NewSabahTimes

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan