Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,728

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

UPKO Harap BN Sabah Bincang Cadangan Pengeluaran Semula MyKad

6:34pm 09/01/2016 Pak Roshan 358 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

mykad

PENAMPANG : Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) berharap kerajaan Barisan Nasional (BN) Sabah akan membincangkan cadangan parti berkenaan mengenai pengeluaran semula semua MyKad di negeri itu.

Pemangku Presiden UPKO Datuk Wilfred Madius Tangau berkata pengeluaran semula MyKad yang dicadangkan parti berkenaan bertujuan untuk menentukan rakyat Malaysia yang tulen dari Sabah.

“Kini tahun baharu dan UPKO berharap perkara ini dapat dibincangkan pada peringkat Badan Perhubungan BN Sabah,” katanya kepada pemberita selepas ditemui semasa melawat tapak pembinaan Pusat Teknologi dan Komersial Antarabangsa (ITCC) Penampang di sini, hari ini.

Madius, yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata langkah untuk menyelesaikan isu-isu tertunggak mengenai pendatang haram di Sabah bergantung kepada keputusan BN negeri.

“Kita gembira apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keputusan (penyelesaian) bergantung kepada Sabah,” tambah beliau.

Mengenai ITCC, yang dijangka disiapkan menjelang hujung tahun ini, Madius berharap pusat berkenaan akan menyediakan kemudahan untuk rakyat Malaysia mengkomersialkan inovasi mereka.

“Pusat ini menjadi tarikan kepada kementerian saya kerana kami diberikan kepercayaan untuk mengkomersialkan produk-produk inovatif atau teknologi alternatif,” katanya.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan