Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

UPKO gesa laksana perundangan berkaitan derma politik

Ewon Benedict
Ewon Benedict

KOTA BELUD – Cadangan perundangan berkaitan derma politik wajar dilaksanakan kerana langkah itu mencerminkan urus tadbir yang lebih baik sekaligus membolehkan parti politik di negara ini bersikap lebih telus dan jujur.

Ketua Komulakan UPKO, Ewon Benedick, memberitahu, undang-undang yang menghendaki parti politik mendedahkan sumber dana politik yang diterima pernah dicadangkan sebelum ini dan perbincangan telah dilaksanakan tetapi parti pembangkang terutamanya DAP menolak pengenalan undang-undang tersebut.

“Kita semua mahu negara kita mara ke hadapan melalui satu sistem urustadbir yang lebih baik dan undang-undang berkaitan derma politik semestinya langkah ke hadapan. Sebagai anggota muda pimpinan UPKO, saya menyokong cadangan tersebut dan saya ingin mengulangi sokongan kepada cadangan perundangan ini agar diperkenalkan semula,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ewon menambah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga telah mengemukakan cadangan untuk mewujudkan peraturan ini yang bertujuan mewajibkan semua parti politik mengisytiharkan sumber dana politik masing- masing bagi mewujudkan ketelusan.

Ewon yang juga Ketua UPKO Bahagia Belud berkata, cadangan itu harus meliputi pindaan ke atas Akta Pilihanraya yang memerlukan semua parti politik mengisytiharkan sumber dan jumlah derma politik yang diterima. – oleh Monica Gidong / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan