Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Upko cadang pemilihan Ketua Kampung diadakan di DUN Kedamaian

Ewon Benedict (tiga dari kanan) menerima borang keahlian baru daripada Kaimun Ginsuab yang mengetuai seramai 47 ahli Upko baharu dari Kampung Narinang. - foto Monica Gidong
Ewon Benedict (tiga dari kanan) menerima borang keahlian baru daripada Kaimun Ginsuab yang mengetuai seramai 47 ahli Upko baharu dari Kampung Narinang. – foto Monica Gidong

KOTA BELUD – Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Kota Belud mencadangkan agar pemilihan Ketua Kampung diadakan dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian.

Ketua Upko Bahagian Kota Belud, Ewon Benedick berkata, pemilihan itu akan memberikan hak demokrasi kepada penduduk kampung untuk memilih ketua kampung yang dapat menjalankan sistem perundangan anak negeri di kampung masing-masing.

“Banyak aduan saya terima daripada penduduk kampung yang tidak puas hati mengenai perlantikan yang dibuat melalui Ketua Daerah. Saya juga mendengar aduan yang sama daripada rakan-rakan dalam PBS (Parti Bersatu Sabah) dan PBRS (Parti Bersatu Rakyat Sabah) Kadamaian.

“Malah, perlantikan ini sudah dibangkitkan dalam mesyuarat Barisan Nasional kawasan. Satu-satunya penyelesaian yang boleh diterima ialah dengan mengadakan pemilihan Ketua Kampung agar penduduk kampung dapat memilih ketua kampung yang mereka mahu seperti Pengerusi Jawatankuasa Keelamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) juga dilantik melalui pemilihan,” katanya kepada pemberita dalam Majlis Pelancaran Semula Upko Kampung Narinang dan penerimaan masuk ahli-ahli baharu kawasan itu seramai 47 orang.

Ewon yang juga Ketua Komulakan Upko Nasional turut memuji pemilihan pengerusi JKKK di seluruh kampung dalam kawasan Kadamaian yang diselia oleh Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) kerana ia melibatkan penyertaan penduduk kampung.

“Dalam mesyuarat jawatankuasa Bahagian Upko Kota Belud pada Ahad, kita bersetuju dan menyokong permintaan penduduk kampung. Upko sebagai sebuah parti yang memperjuangkan pembangunan sistem kehakiman anak negeri akan terus bersuara mengenai perkara-perkara yang kami rasakan dapat memperkasakan warisan kami ini.

“Oleh itu, pemilihan ketua kampung seharusnya diadakan sebaik sahaja pemilihan JKKK selesai dalam bulan ini. Kita tidak mahu lagi mendengar pelbagai aduan dan ketidakpuashatian rakyat kerana perlantikan terus yang dibuat melalui Ketua Daerah,” ujarnya. – oleh Monica Gidong / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan