Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

UPKO BUAT PILIHAN TEPAT BERGABUNG DENGAN WARISAN: MOHD SHAFIE

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal diiringi pemangku presiden Upko Datuk Seri Wilfred Madius Tangau bersalaman dengan Joel Jeffery serta pemimpin muda lain Upko setibanya di majlis penutupan Forum Hari Malaysia anjuran Upko hari ini. Gambar SNT/Ehsan Upko

KOTA KINABALU: Keputusan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) bergabung dan Parti Warisan Sabah (Warisan) untuk membentuk kerajaan negeri bukan bermakna mereka `melompat’ parti.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, setelah memikirkan perkara itu, beliau bersetuju untuk membentuk gabungan dengan Upko iaitu sebuah parti yang mewakili sejumlah ahli yang besar dalam Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

“Bila Datuk Madius Tangau (Pemangku Presiden Upko) menghubungi saya, beliau bukan minta jawatan, pangkat dan tidak minta projek,” kata Presiden Parti Warisan Sabah itu.

“Beliau menghubungi saya dan menyatakan kesediaannya untuk membentuk kerajaan dengan Warisan… bukan beliau melompat. Beliau bukan macam Jeffrey (Kitingan) dan Lajim (Ukin),” katanya ketika berucap dalam majlis penutupan Forum Hari Malaysia anjuran Upko, di sini hari ini.

Mohd Shafie bersama pemangku presiden Upko, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dan pemimpin Upko semasa penutupan Forum Hari Malaysia anjuran Upko di Likas Square Apartment Hotel, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Majlis itu turut dihadiri, Timbalan Ketua Menteri yang juga Pemangku Presiden Upko, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Mohd Shafie menjelaskan bahawa Madius tidak pernah meminta untuk diberikan jawatan yang beliau duduki ketika ini, sebaliknya menyedari bahawa Upko adalah sebuah parti besar dan mahu Madius menjadi pemimpin pertama sebagai Timbalan Ketua Menteri dibawah pentadbirannya. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan