Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

UPKO BELURAN ANJUR DAKI BUKIT DOJI SEMPENA HARI MALAYSIA 2018

Felix (tengah) bersama dengan para peserta pendakian mengibarkan bendera negeri dan Jalu Gemilang sebelum program bermula. Gambar SNT/Ehsan Upko Beluran

TELUPID: Upko Beluran bersama Panel Penasihat Klinik Kesihatan Telupid dan Kelab Sukan Pekan Telupid menganjurkan program yang julung kali diadakan iaitu mendaki Bukit Doji Telupid beramai-ramai sempena sambutan Hari Malaysia, Jumaat yang lalu.

Program ini mendapat sambutan yang amat mengalakkan dari masyarakat yang terdiri dari pelbagai badan NGO, jabatan dan kampung sekitar daerah Telupid

Ketua Bahagian Upko Beluran, Felix Joseph Saang semasa merasmikan program itu gembira dengan sambutan yang meriah dari warga Telupid.

Felix (tengah) mengetuai acara zumba di program mendaki Bukit Doji Telupid. Gambar SNT/Ehsan Upko Beluran

“Program mendaki bukit Doji ini bukan sahaja untuk tujuan kesihatan dan rekreasi; akan tetapi bersempena dengan sambutan Hari Malaysia kita suburkan semangat patriotik dan kita semarakkan semangat pembentukan negara Malaysia agar ianya dihormati dan dilaksanakan sepenuhnya.

“Kita juga berharap agar program ini boleh mempromosikan Bukit Doji ini sebagai sebuah tempat yang berpotensi untuk dimajukan sebagai daya tarikan pelancongan di daerah Telupid” ujar Felix.

Pengisian program yang turut dipantau oleh anggota JPAM dan PDRM Telupid antaranya tarian zumba, cabutan tiket bertuah dan perlafazan ikrar.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan