Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

UPKO bahagian Tuaran terima 1,326 anggota baharu

Foto Facebook Rasmi Datuk Wilfred Madius Tangau

 

TUARAN, 23 Ogos – Seramai 1,326 orang telah menyerahkan borang keanggotaan  kepada Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) sebagai anggota baharu di bahagian Tuaran.

Kumpulan berkenaan yang diketuai oleh bekas Setiausaha MCA Tuaran Chung Yee Jung menyerahkan borang permohonan itu kepada Pemangku Presiden parti Datuk Wilfred Madius Tangau selepas perasmian Mesyuarat Agung Tritahunan UPKO Bahagian Tuaran, di sini hari ini.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Tangau berkata kemasukan beramai-ramai anggota baharu UPKO di bahagian Tuaran menunjukkan rakyat semakin memberi sokongan terhadap perjuangan parti berkenaan.

“Hari ini kita menerima seramai 1,326 keahlian baharu dan menunjukkan parti ini terus kukuh dan ini bererti rakyat mahu bersama-sama dengan kerajaan untuk merealisasikan aspirasi rakyat.

“Saya difahamkan sebahagian daripada mereka yang menyertai UPKO pada hari ini adalah daripada kaum Cina yang sebelum ini menjadi anggota MCA. Kini kita sering menerima keahlian baharu yang secara tidak langsung menunjukkan bahawa rakyat menerima keputusan yang di ambil oleh parti sebelum ini (keluar daripada Barisan Nasional dan menubuhkan kerajaan baharu Sabah bersama Parti Warisan Sabah),” katanya.

Sehubungan itu, Tangau meminta ketua-ketua bahagian dan cawangan UPKO memainkan peranan masing-masing untuk memberi penjelasan kepada rakyat dan anggota parti di kawasan masing-masing mengenai hala tuju yang diambil oleh UPKO selepas pilihan raya ke-14 (PRU14)

“Itu adalah menjadi tanggungjawab dan kewajiban kita untuk memberi penerangan dan penjelasan kepada rakyat tentang apa yang telah berlaku dan kenapa kita meningalkan BN dan bergabung dengan Warisan dan Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan baharu Sabah, termasuk memberi penjelasan mengenai asas parti untuk mengambil hala tuju ini.

“Adalah sangat penting kita bekerjasama untuk memberikan penjelasan dan jangan ada pula di kalangan kita yang cuba mengeruhkan keadaan dan masih mempersoalkan keputusan parti,” tambahnya.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan