Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

UPKO anjurkanProgram Pelayanan Rakyat dan Pembudayaan Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia

11:11pm 28/01/2016 Leolerry Lajius 34 views Tempatan

Datuk-Madius-Tangau

KOTA KINABALU: Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia, Datuk Seri Panglima Madius Tangau akan mengadakan lawatan kerja ke Kota Belud pada Sabtu ini bersamaan 30 Januari untuk merasmikan Program Pelayanan Rakyat dan Pembudayaan Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia anjuran UPKO Kota Belud.

Pengerusi Penganjur, Ewon Benedick yang juga  Ketua Bahagian UPKO Kota Belud memberitahu media bahawa program tersebut diadakan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tambulion, 4km dari Pekan Kota Belud.

Program tersebut bermula daripada jam 9 pagi yang akan melibatkan beberapa agensi Kerajaan yang membuka pameran dan kaunter informasi seperti Lembaga Lada Malaysia dan Lembaga Getah Malaysia di mana Ewon merupakan Ahli Lembaga Pengarah di kedua-dua agensi tersebut. Agensi lain yang sudah mengesahkan penyertaan adalah Lembaga Koko Malaysia serta Koperasi Pembangunan Desa. Lembaga Industri Getah Sabah juga telah dijemput memandangkan daerah Kota Belud mempunyai jumlah pekebun kecil yang ramai.

Sementara itu, Unit Tabung Darah Hospital Kota Belud juga akan mengadakan Kempen Menderma Darah bagi mengisi tabung darah di hospital tersebut.

Beberapa institusi pendidikan juga seperti SIDMA Kolej, Asia Metropolitan University, North Borneo University dan COSMOPOINT juga akan mengadakan pameran pendidikan.

Selain itu, beberapa Biro dalam parti UPKO, iaitu Biro Aduan Awam, Biro Pendidikan, Biro Tanah, Biro Kewarganegaraan, Biro Perundangan, Biro Perumahan dan Biro Multimedia juga akan mengadakan kaunter aduan dan informasi.

Datuk Madius juga akan meninjau pameran kreativiti dan inovasi SMK Tambulion dan melancarkan program sains inovasi sekolah tersebut. Beliau juga dijangka mengupas peranan dan halatuju beliau sebagai Menteri MOSTI dalam “merakyatkan inovasi negara”.

Masyarakat, khususnya di kawasan Kota Belud adalah dialu-alukan untuk hadir sama bagi mendapat manfaat daripada program yang telah disediakan sepanjang hari tersebut.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan