Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,423

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Upko Akan Pastikan Pengajian Bible Jadi Subjek Pilihan Peperiksaan Awam – Tangau

7:30pm 15/03/2017 Pak Roshan 1178 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

TUARAN, 15 Mac : Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) melakukan segala rusaha untuk memastikan Pengajian Bible kekal sebagai subjek pilihan dalam peperiksaan awam.

Pemangku presidennya Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata parti itu juga mahu memastikan lebih ramai pelajar mengambil subjek itu dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pengajian Bible diperkenalkan sebagai subjek pilihan berikutan usaha Upko yang tidak henti-henti terutama bekas presidennya dan duta besar Malaysia ke Vatican, Tan Sri Bernard Dompok ke arah itu berikutan satu dasar yang mengurangkan jumlah mata pelajaran yang boleh diduduki pelajar dalam SPM daripada maksimum 18 kepada 10.

Bagaimanapun, wakil MIC dan MCA telah merayu kepada kerajaan supaya Bahasa Tamil dan Mandarin dimasukkan sebagai subjek pilihan, manakala Dompok yang juga anggota kabinet Persekutuan memohon supaya subjek Pengajian Bible diberikan status yang sama.

Bercakap semasa melancarkan pengajian subjek itu di Sekolah Menengah St James Tenghilan, di Tenghilang, bersempena Hari Penyampaian Hadiah sekolah itu di sini, Tangau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata apa yang dibimbangkan ialah bilangan pelajar yang mengambil subjek itu adalah kecil.

Hanya kira-kira 400 pelajar di seluruh negara mengambil subjek itu tahun lepas termasuk 50 dari Sabah.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda