Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Upah buruh kanak-kanak, Samsung henti sementara kerjasama dengan pembekal China

samsung

SEOUL: Samsung Electronics Co Ltd hari ini mengumumkan bahawa syarikat berkenaan menghentikan sementara kerjasama perniagaan dengan pembekal dari China selepas mendapati ia menggunakan buruh kanak-kanak.

Samsung Electronics, dalam kenyataan yang disiarkan di laman blog rasminya berkata, kerjasama dengan syarikat Dongguan Shinyang Electronics Co Ltd akan berakhir sekiranya dakwaan bahawa firma itu menggunakan buruh kanak-kanak adalah benar.

Pada Khamis lalu, kumpulan aktivis Amerika Syarikat, Pemerhati Buruh China mengeluarkan satu laporan bahawa Dongguan Shinyang, pembekal alat ganti telefon mudah alih, mengupah buruh kanak-kanak di kilang pemasangannya.

Pemerhati itu berkata, sekurang-kurangnya lima pekerja kanak-kanak tanpa kontrak didapati bekerja di kilang pembekal berkenaan. – REUTERS

Komen


Berita Berkaitan