Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Upacara siap sempurna

Benedict Toppin (kiri) dan bobolian Aman Sirom Simbuna
Benedict Toppin (kiri) dan bobolian Aman Sirom Simbuna

KUNDASANG: Upacara-upacara memujuk (monogit-monolob) Penjaga Gunung Kinabalu oleh Dusun Tindal Kota Belud telah siap dijalankan.

Setiausaha Kehormat Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) Dr Benedict Toppin berkata acara itu telah dilaksanakan dengan sempurna.

Beliau berkata majlis itu yang sepatutnya dijalankan selama tiga hari telah dipadatkan ke dalam dua hari disebabkan oleh keadaan tertentu.

Menurut beliau, kumpulan Bobolian telah diminta untuk meninggalkan resort di sekitar Kiram Village di Mesilou, oleh ketua Kampung kerana menjaga sensitivity setempat sebagai sebabnya.

“Kami memahami dan menghormati permintaan mereka,” kata Benedict sambil menambah bahawa ritual seterusnya dijalankan di ‘Country Heights’ yang terletak di tepi jalanraya.

Beliau berkata Country Heights telah dipilih untuk mengadakan upacara hari terakhir apabila Khinzir sepatutnya dikorbankan. Pengorbanan itu adalah untuk upacara pendamaian. “Ia (penyembelihan) tidak pernah dirancang di Resort.

Benedict berkata, “Semua berjalan dengan lancar. Satu-satunya penyesalan adalah bahawa pemimpin-pemimpin kita tidak dapat menghadiri majlis itu kerana keadaan dan masa. ”

Tiga majlis seperti ini telah dijalankan setakat ini. Upacara permulaan dilakukan oleh Lotud Tuaran, diikuti oleh penduduk Kundasang di Timpohon Gate di Taman Kinabalu. Upacara lain telah dilakukan berhampiran Mamut, oleh penduduk Ranau.

Upacara-upacara telah dijalankan sebagai memujuk Penjaga Gunung, selepas kejadian gempa bumi di sekitarnya pada 5 Jun. Lapan belas  orang terkorban,  termasuk kanak-kanak.

Sebahagian warga tempatan percaya bahawa gempa bumi itu tanda-tanda bahawa Penjaga marah dengan tindakan pelawat- pelawat yang tidak menghormati adat tempatan semasa mendaki gunung tersebut.  Ini termasuk lah tindakan pelancong yang berbogel di puncak Gunung lebih kurang seminggu sebelum gempa bumi berlaku.

Selepas gempa bumi, penduduk kampung mengalami banjir lumpur yang memusnahkan rumah-rumah dan tanah bersebelahan dengan sungai. Gegaran berkala juga berlaku. Lebih daripada 100 gegaran telah berlaku setakat ini.-Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan