Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,642

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Universiti awam jangan terlalu bergantung dengan dana daripada kerajaan

12:34pm 30/03/2016 Leolerry Lajius 97 views Tempatan
Harun ketika menyampaikan amanat ketika majlis tersebut.

Harun ketika menyampaikan amanat ketika majlis tersebut.

KOTA KINABALU: Universiti-universiti awam di Malaysia tidak boleh terlalu bergantung dengan dana daripada Kerajaan Pusat kerana beban yang ditanggung oleh pihak kerajaan terlalu banyak dan keadaan menjadi lebih mencabar dengan perkembangan ekonomi serantau yang kurang sihat.

Menurut Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah, sumber alam dan potensi yang ada dalam bidang akuakultur dan pertanian boleh diperkembangkan sehingga dapat dimanfaatkan bukan setakat sebagai bahan pengajaran dan penyelidikan tetapi boleh dikembangkan sebagai industri yang menjana pendapatan untuk kelangsungan dan kemapanan universiti.

“Universiti swasta tidak menerima apa-apa bantuan daripada kerajaan namun universiti sedemikian terus unggul dalam dunia akademik dan mampu menjana pendapatan sendiri secara mapan.”

“Sebagai warga UMS yang merupakan nadi tulang belakang operasi harian universiti yang kita sayangi ini, kita perlu memecut pantas dan mengungguli bidang-bidang seperti akuakultur dan pertanian,”katanya ketika berucap sempena Majlis Amanat Naib Canselor di Dewan Canselor UMS, pagi tadi.

Menurut Harun, selepas tiga tahun EcoCampus dilaksanakan UMS telah berjaya mencapai sasaran seperti yang ditetapkan dengan berjaya menjimatkan perbelanjaan eletrik sebanyak lebih RM2 juta serta mengurangkan penggunaan air sebanyak 15.5%.

“Selaras dengan hasrat universiti untuk mencapai salah satu daripada elemen utama EcoCampus dalam melestarikan pengurusan kitar semula bahan buangan, UMS di bawah penyelarasan Pusat Pengurusan EcoCampus sedang dalam proses untuk membangunkan Pusat Kitar Semula UMS melalui projek pembiayaan CSR oleh Binapuri Sdn. Bhd. sebanyak RM1 juta.”

“UMS juga akan melancarkan EcoCampus Visitor Information Center (EVIC) bersama pakej Eko Pelancongan UMS yang dijadulkan bulan April nanti dan dalam masa yang sama melalui pengurusan EcoCampus Tahun Melawat UMS 2016/2017 akan dilancarkan yang menjadikan UMS merupakan universiti pertama melancarkan inisiatif seumpama ini di Malaysia dan juga di rantau ini,” katanya.-Oleh Leolerry Lajius/ Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan