Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,671

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

UniTP bantu universiti merealisasikan transformasi universiti

12:02pm 01/12/2015 Dewiana Tinggolongon 22 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Pendidikan,Tempatan
Nik Ali (kiri) menerima cenderahati daripada Canselor Universiti Mahsa, Tun Zaki Tun Azmi (kanan).- Fto Jimmy Tan / Sayangsabah.

Nik Ali (kiri) menerima cenderahati daripada Canselor Universiti Mahsa, Tun Zaki Tun Azmi (kanan).- Fto Jimmy Tan / Sayangsabah.

KOTA KINABALU- Program Transformasi  Universiti (UniTP) membantu universiti di negara ini untuk membangun pelan transformasi masing-masing serta merealisasikan impian universiti.

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Ir.Dr.Zaini Ujang berkataprogram berkenaan merupakan satu program yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk membantu universiti dalam pembangunan pelan transformasi masing-masing.

“Ia dilengkapi dengan garis panduan amalan terbaik dan penyusunan instrumen, sebagai panduan praktikal bagi membantu universiti melaksanakan program transformasi masing-masing,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (pembangunan), Kementerian Pendidikan Tinggi Datuk Nik Ali Mat Yunus dalam Majlis Persidangan Majlis Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (MPLPU) di sini hari ini (Selasa).

Zaini berkata, UniTP dibentuk berdasarkan model Program Transformasi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLCT).

Katanya, setiap Universiti bertanggungjawab memacu sendiri transformasi pendidikan mereka secara langsung disebabkan setiap universiti mempunyai tahap kesediaan yang berbeza-beza.

Menurutnya universiti mendapat banyak manfaat melalui pelaksanaan UniTP seperti universiti diberi kuasa untuk mengemudi perjalanan dan pembangunan dengan pemantauan dan kawalan yang terhad daripada kerajaan.

Selain itu, universiti juga berpeluang untuk membuktikan keupayaan masing-masing me;alui pencapaian yang diberi ganjaran.

“UniTP juga mempersiagakan universiti dalam menghadapi perubahan-perubahan domestik dan global,” ujarnya.

Jelas beliau, dengan kewujudan UniTP ia memblehkan universiti mencapai impian untuk menyediakan pendidikan berkualiti tinggi kepada rakyat Malaysia.- Oleh Dewiana Tingglongn / sayangsabah.

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan