Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

UNITED SEMAKIN GARANG

manutd semakin garang

MANCHESTER United mara ke perlawanan akhir kejohanan Trofi Cabaran Antarabangsa selepas mengalahkan Real Madrid 3-1 di Michigan, Amerika Syarikat (AS), awal pagi semalam.

Dua gol daripada Ashley Young dan satu gol sumbangan Javier Hernandez memastikan skuad kendalian Louis Van Gaal mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang kejohanan berlangsung.

Gol sagu hati Real pula diperolehi menerusi Gareth Bale manakala pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo sekadar masuk sebagai pemain gantian pada babak kedua perlawanan.

Pertemuan dua gergasi Eropah itu turut mencatat sejarah sebagai acara sukan yang dihadiri penonton paling ramai di AS iaitu 109,318, mengatasi rekod sebelum ini iaitu 101,799 penonton di Rose Bowl bagi aksi final Sukan Olimpik pada 1984.

Di pentas final nanti, The Red Devils bakal bertemu seteru utama mereka di Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu Liverpool yang mengatasi AC Milan 2-0.

Bagi Real pula, skuad kendalian Carlo Ancelotti itu gagal mencatat kemenangan untuk tiga perlawanan dalam kejohanan itu.

Komen


Berita Berkaitan