Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Undi Pembangkang Hanya Rugikan Rakyat Sarawak

Datuk Seri Salleh Said Keruak
Datuk Seri Salleh Said Keruak

KUCHING – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata mengundi pembangkang hanya akan merugikan penduduk Sarawak kerana mereka tidak dapat membentuk kerajaan.

Pembangkang, katanya, tahu hakikat ini dan oleh sebab itu mereka berani membuat seribu satu janji kosong pada pilihan raya negeri Sarawak, Sabtu ini.

“Wakil rakyat pmbangkang hanya merugikan penduduk kerana walaupun tidak dapat membentuk kerajaan, wakil rakyat mereka tetap menerima imbuhan bulanan daripada kerajaan tanpa perlu berbuat apa-apa,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis pemimpin bersama rakyat di Dewan Masyarakat Batu Kitang di sini, malam ini.

Salleh berkata penduduk Sarawak perlu bijak menilai perbalahan dalaman parti-parti pembangkang pada pilihan raya negeri kali ini dan bandingkan rekod permuafakatan parti-parti komponen BN.

Hadir sama calon BN Batu Kitang, Lo Khere Chiang dari SUPP.

Kerusi baharu Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kitang mempunyai 17,494 pemilih berdaftar dengan 60 peratus adalah pengundi Cina.

Ia akan menyaksikan pertandingan lima penjuru iaitu Lo, Abdul Aziz Isa Marindo (DAP), Voon Shiak Ni (PKR), dan dua calon Bebas, Datuk Seri Othman Bojeng dan Sulaiman Kadir. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan