Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Undi Calon BN Di DUN, Parlimen Tawau

Tawfiq (duduk tengah) berucap pada majlis penyampaian sumbangan kepada 85 ketua keluarga mangsa kebakaran Blok 8 dan bantuan asas bagi penduduk Kampung Titingan di sini, hari ini. Turut hadir Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

 

TAWAU, 24 Feb – Ketua UMNO Bahagian Tawau Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan meminta semua pengundi di kawasan dewan undangan negeri (DUN) dan Parlimen Tawau mengundi serta menyokong sesiapa sahaja calon yang ditetapkan pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN).

Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan Sabah berkata jangan mempertikaikan siapa yang akan dicalonkan di Parlimen Tawau dan tiga DUN iaitu Balung, Apas dan Sri Tanjong pada Pilihan Raya Umum ke-14.

“Sudah tentu calon yang dipilih itu memenuhi kriteria sebagai wakil yang akan membela nasib rakyat,” katanya.

Beliau berucap demikian pada majlis penyampaian sumbangan kepada 85 ketua keluarga mangsa kebakaran Blok 8 dan bantuan asas bagi penduduk Kampung Titingan di sini, hari ini.

Mengenai sumbangan itu, beliau berkata ia adalah janjinya kepada mangsa yang terjejas kebakaran tersebut pada September lepas.

“Selagi saya tidak tunaikan janji untuk kembali, saya tidak boleh tidur lena mengingatkan janji yang belum tertunai kepada mereka,” katanya.

Pada majlis itu, Tawfiq turut menyampaikan bantuan asas kepada 330 penduduk kampung dan zink untuk memperbaiki rumah kepada 307 penduduk.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan