Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Undi Awal PRU14 Berlangsung Hari Ini

KUALA LUMPUR – Sejumlah 586 pusat pengundian awal di seluruh negara dibuka pada 8 pagi ini bagi membolehkan 278,590 anggota keselamatan termasuk pasangan melaksanakan pengundian awal bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pasukan keselamatan terlibat ialah anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasangan mereka. 

Antara tempat mengundi ialah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan kem-kem tentera.

Pusat mengundi akan ditutup secara secara berperingkat antara 5 petang dan 7 malam, malah ada beberapa pusat mengundi ditutup lebih awal iaitu antara 1 tengah hari dan 3 petang.

Proses pengundian awal akan dijalankan mengikut kaedah pengundian biasa yang dikendalikan oleh 6,376 petugas pilihan raya.

Proses itu akan disaksikan oleh wakil-wakil calon.

Kertas-kertas undi awal tidak akan dikira di tempat mengundi hari ini sebaliknya disimpan di tempat selamat iaitu di lokap balai polis. Kertas undi hanya akan dikira pada hari pengundian 9 Mei, bermula 4 petang.

Terdapat 14,940,624 pengundi bagi PRU14. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan