Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,792

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Undang-undang adat harus dipertahankan

6:02pm 16/08/2016 Leolerry Lajius 24 views Tempatan,YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman
Musa ketika simbolik perasmian bangunan Mahkamah Anak Negeri Tuaran.-Gambar Oleh Alex Mairin

Musa ketika simbolik perasmian bangunan Mahkamah Anak Negeri Tuaran.-Gambar Oleh Alex Mairin

TUARAN: Sistem kehakiman Anak Negeri di negeri ini merupakan satu warisan yang harus dikekalkan dan dalam masa yang sama menyesuaikannya dengan tuntutan semasa demi menjamin kelangsungannya pada masa akan datang.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman berkata, atas dasar inilah usaha transformasi sistem Kehakiman Anak Negeri ini seharusnya disokong oleh semua pihak bagi memartabatkan perundangan adat sebagai sistem kehakiman penting di negara ini.

Musa (tengah) ketika membuat lawatan di dalam bangunan mahkamah berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Musa (tengah) ketika membuat lawatan di dalam bangunan mahkamah berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

“Kita mahu supaya sistem kehakiman anak negeri lebih dinamik dan sentiasa dikemaskini agar ia dapat berkembang sejajar dengan perubahan dan keperluan masa.”

“Ini tidak bermakna kita mengubah adat, tetapi kita ingin memastikan supaya sistem kehakiman anak negeri dan perundangan adat setaraf dengan sistem kehakiman yang lain,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena  majlis perasmian  Bangunan Mahkamah Anak Negeri Tuaran yang merupakan salah satu projek  di bawah pojek ‘Janji Ditepati’ dalam program khas bumiputera minoriti Sabah dan Sarawak yang bernilai RM5.8 juta,di sini, hari ini.

Musa (tengah) mengambil gambar bersama pelajar IPG Kent dan tetamu yang hadir sempena program berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Musa (tengah) mengambil gambar bersama pelajar IPG Kent dan tetamu yang hadir sempena program berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Sementara itu, ketika ditemui media sempena lawatan kerja beliau ke Institut Pendidikan Guru Kampus Kent Tuaran, belia berkata aktiviti turun padang seumpama itu yang diadakan di seluruh daerah di negeri ini merupakan salah satu platform untuk melihat perkembangan projek yang sedang dan akan dilaksanakan di samping untuk melihat permasalahan rakyat.

“Pada hari ini juga saya bersama rombongan juga telah melawat tapak pembinaan kompleks sukan Tuaran yang akan dilaksanakan tidak lama lagi dan kompleks ini akan dibina dengan menyediakan pelbagai kelengkapan agar sukan yang bertaraf tinggi juga akan dapat dilaksanakan di sini,”katanya.

Beliau turut menyatakan bahawa kos untuk tujuan pembinaan kompleks ini akan ditentukan kemudian kerana pembinaannya akan melalui beberapa fasa dan akan dilaksanakan secepat mungkin.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Musa (tengah) ketika membuat lawatan ke tapak pembinaan kompleks sukan Tuaran.

Musa (tengah) ketika membuat lawatan ke tapak pembinaan kompleks sukan Tuaran.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan