Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,651

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

UN Karambunai terima tajaan biasiswa Sidma College

5:32pm 19/07/2016 Elezebeth Esther Onjining 44 views Tempatan
Tahniah...Azizah Khalid Merican (dua kanan) dan Azlina Ngatim (dua kiri) bergambar kenangan bersama Unduk Ngadau Karambunai 2016, Juana Jounis.

Tahniah…Azizah Khalid Merican (dua kanan) dan Azlina Ngatim (dua kiri) bergambar kenangan bersama Unduk Ngadau Karambunai 2016, Juana Jounis.

KOTA KINABALU- Seramai 344 pelajar baru termasuk Unduk Ngadau Karambunai 2016, Juana Jounis mendaftar di Sidma College untuk pengambilan bulan Jun 2016, baru-baru ini.

Juana turut dilantik menjadi duta Sidma College disamping mendapat tajaan biasiswa penuh daripada kolej berkenaan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif kolej itu, Azizah Khalid Merican biasiswa itu merupakan salah satu tanggungjawab sosial yang dilakukan oleh pihak Kolej kepada masyarakat Sabah khasnya dan ianya juga bagi bertujuan untuk melahirkan remaja yang bukan sahaja memilik peribadi dan rupa fizikal yang cantik tetapi juga mempunyai ilmu pengetahuan dan berpendidikan.

Terdahulu, Sidma College yang merupakan penaja rasmi pesta kaamatan karambunai 2016 telah menaja makhota pemenang dan biasiswa pelajaran untuk pemenang Unduk Ngadau Karambunai. Ini merupakan salah satu sumbangan pihak kolej dalam menyokong aktiviti-aktiviti kebudayaan Kadazan Dusun Murut Sabah.-Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan