Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Umur masih panjang

GAMBAR dirakam menggunakan telefon bimbit menunjukkan detik anggota penyelamat mengeluarkan Tian dari celah runtuhan.
GAMBAR dirakam menggunakan telefon bimbit menunjukkan detik anggota penyelamat mengeluarkan Tian dari celah runtuhan.

Beijing: Penyelamat menemui dua mangsa tanah runtuh yang masih hidup di dalam lumpur selepas tiga hari bencana industri terbaru di negara itu.

Hampir 72 jam selepas tertanam hidup-hidup, Tian Zeming 19, berjaya dikeluarkan petugas kecemasan dari runtuhan tanah.

Imej di tempat kejadian menunjukkan bomba dan polis bergegas mengusung remaja itu ke ambulans yang menunggu untuk membawanya ke Hospital Daerah Tengah Baru Daerah Guangming. Dia kini dilaporkan stabil.

Remaja itu disahkan seorang daripada 72 mangsa yang disenaraikan hilang selepas bencana itu melanda Shenzhen, kata jabatan bomba Wilayah Guandong. Dia dilaporkan terselamat selepas tersepit dalam ruang kecil yang membolehkannya bernafas selain makan kuaci dan buah untuk hidup.

Sementara itu, seorang lagi mangsa yang ditemui hidup dalam keadaan parah meninggal dunia tidak lama selepas dikeluarkan.- AFP/HMetro

Komen


Berita Berkaitan