Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

UMS Universiti Pertama Dapat Persetujuan Laksana Jadual Pelupusan Rekod Fungsian

ums

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) merupakan universiti pertama mendapat persetujuan dalam melaksanakan Jadual Pelupusan Rekod Fungsian daripada Arkib Negara Malaysia.

 

Naib Canselornya Prof Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah berkata langkah itu sebagai menunjukkan komitmen UMS dalam memperbaiki dan mempertingkatkan tadbir urusnya melalui pelaksanaan jadual itu.

“Untuk tujuan itu, UMS telah mengambil inisiatif untuk mendapatkan persetujuan daripada Arkib Negara berkenaan Jadual Pelupusan Rekod Fungsian khusus untuk UMS.

Langkah ini akan memudahkan UMS mengenal pasti rekod-rekod yang bernilai kekal,” katanya pada majlis penyerahan Sijil Persetujuan Jadual Pelupusan Rekod Fungsian antara UMS dan Arkib Negara di sini Isnin.

Sementara itu, Ketua Pengarah Arkib Negara Azemi Abdul Aziz berkata jabatannya berperanan dalam menasihati jabatan dan agensi kerajaan dalam bidang pengurusan rekod meliputi peringkat pewujudan hingga pelupusan.

“Rekod yang bernilai arkib iaitu bernilai kebangsaan atau sejarah yang kekal dan lama bertahan dipindahkan ke arkib untuk simpanan kekal dan menjadi khazanah warisan negara serta boleh dirujuk semula oleh UMS pada masa akan datang,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan