Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

UMS ungguli Kejohanan Karate-do Terbuka Bandaraya Kota Kinabalu 2015

Atlet Karate-do Universiti Malaysia Sabah muncul juara dalam Kejohanan Karate Terbuka Kota Kinabalu 2015 anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.
Atlet Karate-do Universiti Malaysia Sabah muncul juara dalam Kejohanan Karate Terbuka Kota Kinabalu 2015 anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU – Kelab Karate-do Universiti Malaysia Sabah muncul juara dalam Kejohanan Karate Terbuka Bandaraya Kota Kinabalu 2015 setelah meraih dua pingat emas, tiga perak dan dua gangsa dalam pertandingan selama dua hari itu.

Kejohanan tersebut anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Persatuan Karate-do Sabah (KOI) turut menarik penyertaan pasukan karate-do dari negra Indonesia, Filipina, Nigeria dan Perancis.

Menurut jurulatih kelab Karate-Do UMS, Alnadine Barri, penampilan pertama pasukannya dalam kejohanan itu dengan meraih tujuh pingat meskipunhanya mensasarkan lima pingat sebelum ini.

“Syabas dan tahniah beliau ucapkan kepada atletUMS kerana hasil titik peluh dan latihan yang bersungguh-sungguh mereka mampu melepasi sasaran kutipan pingat,” katanya.

Pasukan Kelab karate-do UMS diwakili enam atlet ke kejohanan tersebut, mereka ialah Vedora Jessica Peter, Nur Syahirah Gomes, Nur Farah Syuhada Saleh, Edwan Abo Arbaee, Ahmad Muzaffar Jublee dan Vivian Grace Gordon. – SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan