Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

UMS Tidak Berkompromi Dengan Sebarang Salah Laku Jenayah

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) tidak berkompromi dengan kakitangan mahupun pelajarnya yang didapati melangar undang-undang terutamanya salah laku yang berunsur jenayah.

Dalam satu kenyatan Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporat UMS berhubung kes membabitkan kakitangan di Bahagian Keselamatan, pihaknya melihat ia sebagai satu kes jenayah terkutuk dan mengambil tindakan pantas melaporkannya kepada pihak polis tanpa sebarang niat untuk melindungi suspek.

Katanya, sejak laporan itu dibuat, pengurusan UMS memberi kerjasama dan menyerahkan kes berkenaan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk proses siasatan serta dakwaan sewajarnya.

“Sebagai menghormati proses perundangan, pengurusan UMS memberikan nasihat agar perkara ini tidak disensasikan kerana dikhuatiri boleh mengganggu proses siasatan dan perbicaraan.

Pada masa yang sama, Pengurusan UMS telah mengambil tindakan terhadap perkara ini dan tertuduh kini bukan lagi kakitangan UMS.

“Bagi memastikan kebajikan mangsa, pengurusan UMS melalui Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) memberikan segala bantuan yang diperlukan keluarganya terutama dalam usaha mereka untuk menyokong dan memulihkan kembali kesan trauma emosi dan psikologi mangsa,” katanya.

Menurut kenyataan, pengurusan UMS juga telah memberikan bantuan dalam aspek akademik bagi memastikan pelajar tersebut boleh meneruskan pengajiannya.

Tambahnya, UMS akan memastikan sebarang perlakuan jenayah dalam kalangan warganya tidak terlepas daripada tindakan undang-undang dan akan diadili sewajarnya. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan