Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,766

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

UMS terus unggul sebagai pengeluar graduan berdaya saing

11:25pm 26/11/2016 Leolerry Lajius 7 views Kota Kinabalu,Pendidikan,Tempatan
Tun Juhar menyampaikan sijil kepada salah seorang graduan sempena majlis berkenaan.

Tun Juhar menyampaikan sijil kepada salah seorang graduan sempena majlis berkenaan.

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus unggul sebagai pengeluar graduan yang berkualiti dan berdaya saing.

Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima Dr. Haji Juhar Bin Datuk Haji Mahiruddin berkata, UMS sangat peka dan prihatin akan kepentingan penjagaan kualiti bermula daripada proses pengambilan pelajar pada setiap tahun.

“Hal ini selaras dengan dasar pendidikan negara yang begitu menekankan ketelusan dan proses pengambilan pelajar agar graduan yang dilahirkan adalah mereka yang benar-benar berkelayakan serta memenuhi aspirasi pendidikan negara,”katanya ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Konvokesyen ke-18 UMS, di Dewan Canselor, hari ini.

Tun Juhar turut menyatakan, abad ke-21 menuntut seorang personaliti yang bersih dari segala bentuk kecurangan agar pemimpin yang lahir adalah mereka yang mampu mengajak masyarakat ke arah kebenaran.

“Matlamat kita bukan hanya melahirkan graduan berkualiti, tetapi graduan yang mampu bersaing secara sihat, yang menjiwai nilai perpaduan, berkhidmat penuh keikhlasan serta menjadi sumber perubahan.”

“Bagi melahirkan generasi seumpama ini, para graduan hendaklah membina peribadi yang bersih serta mampu membezakan positif atau negatif sesuatu tindakan,”katanya.

Sempena majlis berkenaan seramai 5,207 graduan menerima sijil termasuk seramai 126 orang pelajar antarabangsa.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan