Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

UMS terus komited martabat warisan nusantara

Ismail (tengah) menyempurnakan gimik pelancaran Persidangan Antarabangsa Sejarah, Warisan dan Foklor Nusantara. Gambar SNT/Alfred Petrus

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus komited memartabatkan sejarah, warisan dan foklor nusantara yang mula dilupakan generasi muda.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS Prof Dr Ismail Ali berkata, pihaknya akan terus menyalurkan dana untuk pelaksanaan program-program tertentu.

“Untuk meningkatkan usaha ini, kita di UMS sentiasa akan memberikan dana untuk melaksanakan persidangan khususnya di bawah pusat pendidikan.

“Ini kerana, hal-hal tentang sejarah, warisan, foklor ini sudah mula dilupakan terutamanya generasi muda.

“Program yang dibuat oleh Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan UMS ini adalah untuk memartabatkan kembali isu berkenaan dan yang paling baik sekali apabila ia dikongsikan bukan sahaja Malaysia tetapi seluruh nusantara ini,” katanya selepas berucap merasmikan Persidangan Antarabangsa Sejarah, Warisan dan Foklor Nusantara di sini hari ini.

Katanya, persidangan itu juga akan diteruskan pada masa akan datang dan diperluaskan lagi.

Tambahnya, persidangan seumpama itu akan melibatkan beberapa negara luar pada penganjurannya pada tahun hadapan. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan