Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

UMS tekad lahirkan modal insan yang berkualiti

Naib Canselor UMS, Prof. Dr. Mohd. Harun Abdullah menyampaikan sijil penghargaan kepada ketua jurulatih PALAPES Darat
Naib Canselor UMS, Prof. Dr. Mohd. Harun Abdullah menyampaikan sijil penghargaan kepada ketua jurulatih PALAPES Darat

KOTA KINABALU- Universiti Malaysia Sabah (UMS) bertekad untuk membantu melahirkan modal insan yang berdisiplin dan mempunyai nilai murni dalam kalangan siswa-siswi bagi masa depan negara yang lebih baik.

Naib Canselor UMS, Prof. Dr. Mohd. Harun Abdullah berkata, selaras dengan memperkukuhkan disiplin mahasiswa pelbagai program dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni untuk pasukan beruniform di UMS termsuklah Perbarisan Badan-badan Berunifom.

“Program Perbarisan Badan-badan Berunifom ini diadakan bertujuan memupuk semangat patrrotik, setia kawan, kerjasama dan mengukur kemahiran di samping merialisasikan matlamat integrasi negara,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perbarisan Badan-badan Berunifom, di sini, hari ini.

Beliau turut berbangga dengan perkembangan keahlian Kor Kadet yang semakin membesar setiap tahun yang bermula dengan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Darat sejak penubuhan UMS.

Katanya, pencapian yang membanggakan dalam pertandingan yang disertai sama ada dalam peringkat universiti dan kebangsaan diharap terus berkekalan sehingga ke peringkat antarabangsa.

“Pencapaian ini merupakan hasil sokongan daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia serta galakan daripada dekan-dekan dan pengetua kolej kediaman disamping komitmen yang tinggi daripada siswa-siswi,” katanya.

Dalam Program Perbarisan Badan-badan Berunifom itu, sebanyak lima badan berunifom yang terlibat iaitu Palapes Darat, Palapes Laut, Palapes Udara, Kor-Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) dan Siswa Siswi Pertahanan Awam SISPA.- oleh Dewiana Tinggolongon / SayangSabah.

Komen


Berita Berkaitan