Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

UMS tekad bantu melestarikan alam sekitar

Ismail Ali (kiri) bersama Dr.Erison C.Roque (kanan) wakil Adamson University menandatangani Leter of Intent (LOI)- foto UMS
Ismail Ali (kiri) bersama Dr.Erison C.Roque (kanan) wakil Adamson University menandatangani Leter of Intent (LOI)- foto UMS

KOTA KINABALU- Universiti Malaysia Sabah (UMS) bertekad menjadi pengurus terkemuka bagi kelestarian alam sekitar yang merupakan isu global yang membimbangkan banyak pihak.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Dr. Ismail Ali berkata, cabaran alam sekitar termasuk perubahan iklim yang mendatangkan masalah kepada masyarakat menjadi cabaran bagi pihak universiti.

“Pihak universiti menjalankan pelbagai langkah dalam menjalankan penyelidikan dalam memahami implikasi jangka panjang bagi isu-isu yang serius dalam konteks tempatan mahupun global berkaitan isu alam sekitar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mewakili Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah, dalam majlis Persidangan Serantau Kemapanan Kampus Kedua 2015, di sini kelmarin.

Katanya, Sabah kaya dengan sumber semula jadi, oleh itu UMS bertanggungjawab untuk mendidik dan menjalankan penyelidikan untuk pengurusan semula jadi yang lebih mapan.

Beliau berkata, pusat kecemerlangan UMS iaitu Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan, Institut Penyelidikan Marin Borneo berperanan untuk menjaga kemapanan khususnya untuk negeri Sabah dan dunia amnya.

Tambahnya, dunia globalisasi termasuk sektor pendidikan menggalakkan UMS untuk meluaskan idea dan mesej ke seluruh dunia berkenaan dengan kemapanan alam sekitar untuk pengetahuan orang ramai. – oleh Dewiana Tinggolongon / SayangSabah.

Komen


Berita Berkaitan