Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

UMS Tandatangani Perjanjian Dengan Zunyi Medical University

University Malaysia Sabah
University Malaysia Sabah

KOTA KINABALU : University Malaysia Sabah (UMS) hari ini menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Universiti Perubatan Zunyi dari China untuk menubuhkan sebuah makmal usahasama dalam bidang ilmu perubatan tradisional.

Pada majlis menandatangani perjanjian itu di sini hari ini, UMS diwakili oleh Naib Canselornya Prof Datuk Dr Mohd Harun Abdullah sementara Huang Hua Ling mewakili Universiti Perubatan Zunyi.

MoA itu akan menumpukan kepada penyelidikan saintifik antarabangsa dan menubuhkan sebuah pasukan akademik, pendidikan sains dan teknologi serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi Wilayah Guizhou di barat daya China dan Malaysia menerusi penyumberan luar.

Universiti Zunyi mempunyai reputasi yang baik dalam perubatan tradisional China.

Pada masa yang sama, UMS juga menandatangani Memorandum Persefahaman dengan

Yun Fook Resources Sdn Bhd untuk bekerjasama di dalam pembangunan ladang tenusu di daerah Keningau.

UMS diwakili Dr Mohd Harun sementara Yun Fook Resources diwakili Datuk Yap Yun Fook.

The MoU adalah bagi kerjasama rapat antara kedua-dua pihak dalam pendidikan mengenai perladangan tenusu, latihan dalam pengurusan keselamatan makanan, latihan industri, penyelidikan serta pertukaran pelajar dan pekerja.

Mohd Harun dalam sidang akhbar selepas itu berkata berdasarkan MoU itu, Yun Fook Resources akan membantu pembangunan 28 ha tanah peertanian milik UMS di Apin-Apin Keningau dan sebidang lagi tanah 16 ha untuk pertanian mampan di Sandakan.

“Kami juga akan menyediakan latihan dalam menjalankan ladang berskala kecil dan besar, kepentingan perlindungan alam sekitar dan pembelajaran mengenai sektor pertanian yang menjana keuntungan terbanyak,” kata Yap.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan