Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,727

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

UMS tandatangani MOA, bantu pesakit buah pinggang

7:37pm 14/01/2016 Leolerry Lajius 45 views Tempatan
(Dari kiri) No'man, Datuk Harun, Dato'Rafek dan Dato Hj Abu Hassan.

(Dari kiri) No’man, Datuk Harun, Dato’Rafek dan Dato Hj Abu Hassan.

KOTA KINABALU: Pihak Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menandatangani MOA Usahasama Pusat Hemodialisi dengan pihak Yayasan Kebajikan Negara (YKN) dalam satu majlis yang diadakan di Bangunan Canselori tengahari tadi.

Menurut Naib Canselor UMS Prof. Datuk Dr. Harun Abdullah, usahasama ini adalah untuk menawarkan perkhidmatan hemodialisis kepada pesakit-pesakit buah pinggang yang memerlukan rawatan hemodialisis.

”Adalah menjadi harapan saya agar pusat hemodialisis yang bakal dibuka pada bulan februari ini di Plaza Kingfisher dan terdiri dari 10 unit mesin hemodialisis dapat membantu para pesakit yang memerlukan perkhidmatan ini,”katanya.

Perkhidmatan hemodialisis yang akan dikendalikan oleh staff UMS sendiri itu juga akan menawarkan rawatan secara percuma kepada 18 orang pesakit yang akan ditaja oleh pihak YKN yang dinilai berdasarkan keperluan dan beberapa aspek tertentu.

Turut hadir dalam majlis tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif YKN Dato’ Rafek Reshidullah, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YKN Dato Sri Dr. Hj. Abu Hassan Asaari Hj. Abdullah serta pendaftar UMS No’man Datuk Hj. Ismail Ali.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan