Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

UMS sokong dasar kerajaan dan iktiraf kakitangan wanita

ums

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) sentiasa menyahut saranan kerajaan ke arah memartabatkan 30 peratus kakitangan wanita sebagai pembuat keputusan dalam sektor awam.

Terbaru, UMS memberi kenaikan pangkat kepada beberapa kakitangan yang mempamerkan ciri kepimpinan dan produktiviti kerja cemerlang.

Daripada 66 jumlah kakitangan yang dinaikkan pangkat, 12 daripadanya adalah kakitangan wanita peringkat kumpulan pengurusan dan profesional.

Mereka ialah Norti Hj Sirin, Saima Ismail, Kamisah Husin untuk kenaikan Gred 52, manakala, Noor Hapipah Samat untuk Gred 48.

Kenaikan untuk Gred 44 pula menyaksikan seramai enam penerima iaitu Majlimawati Abdul Majid, Hayati Salleh Baihaki, Mashilla Nilus, Stella @ Nurul Martini, Molly Donna Datuk Awang Sham dan Suzie Mohamad.

Penerima selebihnya adalah kakitangan lelaki dan staf UMS peringkat kumpulan pelaksana.

Majlis penyampaian surat tawaran kenaikan pangkat disempurnakan Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah.

Terdahulu dalam ucapannya beliau mengingatkan kakitangan yang terpilih agar terus melipatgandakan pelaksanaan kerja sesuai dengan posisi dan jawatan yang dipegang dalam menggalas amanah dan tanggungjawab mengurus tadbir universiti. Hadir sama, Pendaftar UMS, Datuk Abdullah Hj. Mohd Said.

Komen


Berita Berkaitan