Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

UMS siap sedia sambut kedatangan pelajar baharu

ums

KOTA KINABALU 2 Sept. – Pelbagai persiapan rapi dilaksanakan Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEP) bagi menyambut kehadiran pelajar-pelajar baharu sesi 2014/2015 pada 01 September 2014.

Menurut Timbalan Naib Canselor HEP UMS, Prof Madya Dr. Ismail Ali, antara persiapan yang telah dititikberatkan termasuklah daripada segi aspek keselesaan dan keselamatan kediaman para pelajar.

“Ini merupakan keutamaan dan sudah menjadi tanggungjawab jabatan HEP bagi menyediakan penempatan yang kondusif,” katanya kepada pemberita.

Ujar beliau, Minggu Suai Mesra (MSM) yang diadakan sejurus pendaftaran kolej pada Isnin (01 September) juga bakal berjalan lancar melalui gabungan padu kakitangan UMS dan para Pembimbing Suai Mesra (PSM) yang terdiri daripada kalangan pemimpin pelajar.

“Dengan tema Peneraju Legasi Transformasi, MSM ke-20 dilihat bakal menjadi minggu suai mesra yang terbaik selaras dengan sambutan ulang tahun UMS yang ke-20 tahun ini,” ujarnya lagi.

MSM UMS berlangsung seminggu sehingga 07 September 2014 dengan pelbagai pengisian menarik yang bakal mempersiap fizikal dan mental para pelajar baharu untuk bergelar siswa-siswi UMS yang cemerlang dan seimbang.

Komen


Berita Berkaitan