Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

UMS semai budaya prihatin tentang hutan melalui sambutan HPS

Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa Prof. Dr. D Kamarudin D Mudin (Tengah) bersama Dr. Berhaman Ahmad (kiri) menanam pokok sebagai simbolik program berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin
Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa Prof. Dr. D Kamarudin D Mudin (Tengah) bersama Dr. Berhaman Ahmad (kiri) menanam pokok sebagai simbolik program berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA) terus bersama-sama merayakan sambutan Hari Perhutanan Sedunia (HPS) dalam usaha menanam dan terus menerapkan budaya prihatin dalam kalangan warga kampus mengenai kepentingan mengekalkan kawasan hutan yang ada di Negeri Sabah.

Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UMS Prof. Dr. D Kamarudin D Mudin berkata, kesedaran bagi menjaga dan memelihara khazanah hutan ini turut diterjemahkan di peringkat dunia menerusi sambutan Hari Perhutanan Sedunia serta Hari Alam Sekitar Sedunia yang disambut pada setiap tahun.

“Apa yang kita harapkan adalah kedua-dua hari penting ini akan terus disambut secara besar-besaran supaya semangat sayangkan hutan dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat terutamanya generasi muda dari peringkat sekolah lagi, “katanya ketika berucap mewakili Naib Canselor UMS Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Bin Abdullah sempena sambutan HPS di FSSA UMS, di sini, hari ini.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Kamarudin menyatakan pihak UMS akan terus melaksanakan pelbagai langkah untuk  memperhebatkan lagi program perhutanan yang dilihat banyak memainkan peranan ke arah mengekalkan kestabilan alam sekitar.

Pihak UMS melalui FSSA turut terlibat dengan usaha pelaksanaan penanaman semula pokok dan pemuliharaan hutan yang dilaksanakan di Luasang Tawau serta Daerah Sook dan turut memperkenalkan produk keluaran mereka iaitu ayam tongkat ali.

Program tersebut turut dimeriahkan dengan penganjuran Larian Rimbawan 2016, pameran dan turut mendapat penyertaan daripada pelajar-pelajar sekolah. –Oleh Leolerry Lajius /Sayang Sabah

Komen


Berita Berkaitan