Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

UMS perketat pengambilan dan penyambungan kakitangan kontrak

KOTA KINABALU: Bermula pada tahun ini, pengambilan dan penyambungan kakitangan kontrak di Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan diperketat dengan mengambil kira keperluan strategik universiti dan prestasi inidividu.

Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah berkata, situasi ini akan menyebabkan bilangan kakitangan kontrak sedia ada juga akan ada yang tidak disambung kontrak.

“Inisiatif ini diambil bagi mengoptimumkan perbelanjaan bagi mengahadapi situasi ekonomi yang kian mencabar,”katanya ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Amanat Naib Canselor, di sini, hari ini.

Beliau turut menyatakan, universiti juga perlu bijak menggunakan dana kerajaan yang diperolehi dengan jumlah yang semakin mengecil secara optimum dan perlu giat menjana kewangan sendiri bagi menampung perbelanjaan semasa dan pada masa yang akan datang.

“Namun demikian, kita tidak akan berkompromi dengan kualiti produk yang dihasilkan sama ada dalam konteks perkhidmtan mahupun graduan-graduan yang dikeluarkan,”katanya.

Harun turut menyatakan bahawa UMS juga akan melaksanakan penilaian Purata Nilai Gred Purata Kumulatif (iCGPA) bermula pada sesi 2017/2018 yang melibatkan Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan bagi mengukur secara holistik tahap dan perkembangan pelajar dari semester satu hingga semester akhir.

Bemula kemasukan sesi 2017/2018, UMS juga akan menawarkan program akademik prasiswazah baharu iaitu Sarjana Muda Pendasaran Islam dengan Kepujian yang akan menawarkan tempat seramai 20 orang pelajar.

“Dua lagi program prasiswazah yang diluluskan Kementerian Pendidikan Tinggi ialah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Sarjana Muda Kejuruteraan Minyak dan Gas,”katanya.-Oleh Leolerry Lajius/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan