Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

UMS nafi tutup kes jenayah

Ismail, ketika mengulas berkenaan kes jenayah yang berlaku di UMS baru-baru ini. Gambar SNT/Alfred Petrus

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) menafikan menutup kes jenayah membabitkan kakitangan di Bahagian Keselamatan dan pelajarnya baru-baru ini.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS Prof Dr Ismail Ali berkata, dakwaan berkenaan sama sekali tidak benar dan kes tersebut kini dalam pembicaraan di mahkamah.

“Dakwaan yang mengatakan saya cuba menutup kes ini tidak berasas kerana jika ia berlaku, bagaimana kes ini boleh dipanjangkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan sekarang ini dalam proses mahkamah.

“Oleh itu, saya ingin nasihatkan kepada orang awam untuk tidak membuat apa-apa spekulasi.

“Apabila kita berbuat sebegini, ia akan mengganggu lagi siasatan,” katanya ketika ditemui media selepas berucap merasmikan Persidangan Antarabangsa Sejarah, Warisan dan Foklor Nusantara di sini hari ini.

Selain itu, Ismail juga menekankan bahawa, perbuatan membuat spekulasi tidak berasas terutama sekali di media sosial akan mengganggu kedua-dua pihak.

“Jadi, saya minta biarlah kes ini diselesaikan di peringkat mahkamah yang sekarang ini sedang berlangsung.

“Dan untuk makluman, apabila kes ini berlaku bagi saya kebajikan pelajar serta ibu bapanya adalah menjadi keutamaan UMS.

“Mereka datang dari Semenanjung dan segala kos penginapan, makan minum, pengangkutan serta lain-lain perbelanjaan kita tanggung sehingga semuanya selesai,” jelasnya.

Tambahnya, pihak UMS juga membantu dalam pengurusan perpindahan pengajian mangsa ke salah sebuat Institut Pengajian Tinggi di Semenanjung. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan