Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

UMS lonjak 72 anak tangga dalam “UI- GreenMetric World University Ranking”

Dewan Kuliah Pusat 2, UMS
Dewan Kuliah Pusat 2, UMS

KOTA KINABALU- Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah melonjak 72 anak tangga untuk tersenarai pada kedudukan ke-173 ranking terbaik dunia dalam penarafan “UI -GreenMetric World University Ranking 2015”.

Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah berkata,
lonjakan itu merupakan yang tertinggi berbanding ranking pada tahun sebelumnya iaitu di kedudukan ke-245 terbaik dunia.

“Pencapaian itu merupakan satu kebanggaan bagi warga UMS yang kini dalam landasan yang tepat ke arah mencapai pelbagai lagi kecemerlangan pada masa akan datang,” ujarnya ketika mengulas mengenai pencapaian itu.

Menurutnya, UMS dilihat mampu meningkatkan lagi ranking berkenaan berdasarkan usaha-usaha yang giat dijalankan khususnya dalam aktiviti berkaitan dengan kelestarian kampus dan pengurusan alam sekitar.

“Pelbagai aktiviti mesra alam sekitar yang kita laksanakan seperti penggunaan tenaga yang cekap serta peningkatan fasiliti dan penggunaan basikal di kampus selain pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar melalui pelbagai aktiviti pengajaran dan penyelidikan.

“Penubuhan Pusat Kitar Semula di dalam kampus selain bakal
mempraktikkan konsep Ecofarm juga sangat diyakini akan menjadi
kekuatan untuk universiti meningkat lebih jauh dalam penarafan ranking pada tahun ini,” tambah Datuk Harun.

Selain itu, sejumlah 407 universiti daripada 66 negara telah menyertai penarafan “UI-GreenMetric World University Ranking 2015” yang diumumkan baru-baru ini berbanding 360 penyertaan daripada 62 negara pada tahun sebelumnya.

Sehubungan itu, UMS berada pada ranking ketujuh bagi Universiti Awam dan swasta di Malaysia dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) berada pada kedudukan ranking pertama. -SayangSabah

Profesor Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah Profesor Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah

Komen


Berita Berkaitan