Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,681

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

UMS juara futsal PUSPANITA

7:43pm 15/11/2015 Leolerry Lajius 98 views Mutakhir,Sukan,Sukan Tempatan

KOTA KINABALU: Jadikan kejohanan Futsal PUSPANITA sebagai pemangkin motivasi ke arah memberikan perkhidmatan yang berkualiti sebagai anggota perkhidmatan awam.

Begitulah pesanan Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman ketika berucap merasmikan penutupan Kejohanan Futsal PUSPANITA Cawangan Sabah Arena Futsal Kumpulan Yayasan Sabah Kompleks Sukan Tun Adnan petang tadi.

“Semoga kejohanan futsal kali ini menjadi pemangkin kepada budaya berkerjasama dalam kalangan ahli-ahli PUSPANITA,” katanya.

Beliau turut memuji penglibatan ahli PUSPANITA dalam kejohanan itu yang secara tidak langsung menjadi galakkan untuk menitikberatkan kesihatan.

Kejohanan yang mendapat penyertaan sebanyak 20 pasukan dari seluruhSabah itu menyaksikan pasukan PUSPANITA dari Universiti Malaysia Sabah di tempat pertama, pasukan PUSPANITA dari Kementerian Pelajaran Malaysia di tempat kedua dan pasukan PUSPANITA dari Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut di tempat ketiga.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Tan Sri Sukarti menyampaikan hadiah kepada Johan pertandingan Futsal PUSPANITA (UMS)

Tan Sri Sukarti menyampaikan hadiah kepada Johan pertandingan Futsal PUSPANITA (UMS)

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan