Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

UMS Jalankan Kajian Fahami Fenomena Air Merah Di Sabah

laut merah

KOTA KINABALU, 17 Mac (Bernama) — Universiti Malaysia Sabah (UMS) sedang giat menjalankan kajian berhubung fenomena air merah atau “red tide” bagi membolehkan strategi diatur untuk mengatasinya, kata Pensyarah Institut Penyelidikan Marin Borneo Prof Madya Dr Sitti Raehanah Muhamad Shaleh.

Beliau berkata fenomena yang biasanya melanda perairan pantai barat Sabah pada November hingga Februari perlu difahami kerana ia boleh mendatangkan masalah kepada industri akuakultur selagi kaedah mengatasinya belum ditemui.

“‘Air merah’ sebenarnya adalah kebimbangan kita, khususnya industri akuakultur. Sebab itu, kita ada unit khas menjalankan kajian berkenaan ‘air merah’. Kita berusaha keras memahami fenomena ini sebelum kita mengatur strategi untuk mengatasinya.

Ia dalah fenomena alam yang berlaku dan memang ia sedikit sebanyak menggugat industri akuakultur kita. Kita bersyukur di perairan pantai timur Sabah belum ada fenomena ‘air merah’,” katanya kepada pemberita pada Persidangan Antarabangsa Mengenai Sains Marin dan Akuakultur di sini pada Selasa.

Fenomena air merah biasanya berlaku pada musim kemarau selepas berlakunya hujan lebat dan kesan daripada suhu rendah berpanjangan sepanjang musim hujan. Semasa fenomena ini, air laut kelihatan berwarna merah kecoklatan akibat ledakan pertumbuhan “dinoflagellate” bertoksik kerana adanya pertambahan nutrien dalam air laut.

Dr Sitti Raehanah berkata pada masa ini dua spesis penyebab fenomena air merah sudah dikenal pasti iaitu yang beracun dan yang tidak beracun dan kedua-duanya boleh mendatang masalah kepada industri akuakultur sekiranya ia tidak diatasi.

–BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan