Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

UMS JADI PILIHAN UNIVERSITI WUYI CHINA

Ismail (depan empat dari kiri) dan Ho Chong Mun (depan lima dari kiri) bergambar kenangan bersama kenangan bersama para penuntut Universiti Wuyi, China. – Gambar SNT / Ehsan UMS

KOTA KINABALU: Seramai 25 penuntut Universiti Wuyi China kini mengikuti kursus profesional kejuruteraan Artificial Intelligence (Fuzzy Logic) Optimization Engineering di Universiti Malaysia Sabah (UMS) selama 16 hari sehingga 24 Ogos ini.

Menurut Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa) FKJ, Ismail Saad, kursus itu dikendalikan oleh Fakulti Kejuruteraan (FKJ) UMS.

Katanya, pemilihan UMS oleh universiti tersebut menjadi satu kebanggaan untuk mereka menganjurkan lebih banyak kursus yang disertai penuntut dari luar negara.

“Ia merupakan hasil hubungan baik dan kerjasama yang telah terjalin antara UMS dan Universiti Wuyi sekali gus menjadi medan perkongsian ilmu untuk manfaat kedua-dua universiti.

Ismail (dua kiri) menerima cenderahati daripada pensyarah Universiti Wuyi sambil disaksikan Ho Chong Mun. – Gambar SNT / Ehsan UMS

“Kita mengharapkan agar lebih banyak program seperti ini pada masa akan datang termasuk kerjasama dalam bidang penyelidikan dan pengajian peringkat pascasiswazah,” katanya ketika berucap dalam majlis bagi mengalu-alukan kehadiran 25 penuntut universiti berkenaan.

Ismail berkata, kursus itu turut memberi ruang kepada para mereka pelajar untuk mengenali Sabah dengan lebih dekat melalui beberapa lawatan ke destinasi menarik yang terdapat di negeri ini.

Hadir sama pada program itu Pengarah Pusat Pengantarabangsaan dan Penglibatan Global UMS, Prof. Dr. Ho Chong Mun. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan