Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

UMS Bertafakur

ums bertafakur

KOTA KINABALU: Suasana sedih menyelubungi Dewan Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah (UMS), sempena Hari Perkabungan Negara bagi memperingati mangsa tragedi MH17, sebentar tadi.

Semua yang berada dalam dewan termasuk Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Jainab Ahmad, bertafakur selama seminit selain meletakkan jambangan bunga di satu meja khas bagi memperingati salah seorang mangsa nahas iaitu mendiang Ng Shi Ing yang juga pensyarah di fakulti berkenaan.

Shi Ing, 33, bersama adiknya, Elisabeth Ng Lye Ti, 30, dan anak lelakinya, Benjamin Jian Han Lee, setahun, adalah antara 43 rakyat Malaysia yang terkorban dalam nahas pesawat MH17.

Komen


Berita Berkaitan