Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

UMS beri layanan terbaik kepada pelajar OKU

oku ums

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah sentiasa prihatin dan mengambil berat terhadap kebajikan pelajar khusus kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang menuntut di universiti berkenaan.
Seorang pelajar OKU, Sylvis A. Tay berkata, UMS melalui inisiatif Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni telah menyediakan pengangkutan khas untuk memudahkan pergerakan mereka sepanjang pengajian.
“Selain itu, saya dan rakan-rakan lain turut ditempatkan di bahagian aras bawah di kolej kediamanan bagi memastikan kami tidak perlu bersusah payah menaiki tangga untuk masuk ke bilik,” katanya ketika ditemui selepas majlis Lafaz Ikrar dan Aku Janji Mahasiswa Baharu di Dewan Canselor UMS.
Beliau yang kehilangan kaki kirinya akibat kanser tulang ketika berumur sembilan tahun berkata, beliau sangat terharu dan berterima kasih atas layanan istimewa yang diberikan UMS.
Sylvis mendapat tawaran dalam bidang Kejuruteraan Perisian, Fakulti Kejuruteraan dan Sains Komputer (FKSW).
Pelajar kelahiran daerah Kota Marudu itu turut memuji keramahan kakitangan UMS dan para Pembimbing Suai Mesra (PSM) yang sentiasa bersedia dalam memberi khidmat bantuan kepada seluruh mahasiswa.
“Selaku pelajar-pelajar baharu, saya tidak merasa terasing dan berada jauh daripada keluarga memandangkan kemesraan dan layanan baik pihak universiti membuatkan kami seperti berada di rumah.
Saya percaya rakan-rakan mahasiswa lain juga sependapat dengan saya,” ujarnya lagi.
UMS merupakan pilihan utama pelajar seluruh Malaysia apabila mencatatkan jumlah tertinggi kemasukan pelajar baharu prasiswazah Institut Pengajian Tinggi Awam dengan seramai 4,851 orang.
Daripada jumlah tersebut enam daripadanya adalah pelajar OKU.

Komen


Berita Berkaitan