Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

UMS bakal jadi kampus tanpa botol plastik

ums

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) bakal menjadi kampus tanpa botol plastik sepenuhnya menjelang September akan datang.

Pengarah Pusat Pengurusan Eco Campus UMS Dr Awangku Hassanal Bahar Pengiran Bagul berkata, untuk menjadi contoh kampus terbaik, UMS perlu membuat perubahan yang penting bagi usaha memastikan penjagaan alam sekitar berterusan.

“Kita telah melakukan pelbagai program Eco Campus termasuk pengurusan tenaga, pengurusan sisa dan juga ‘Green Office’.

“Justeru, bagi kempen tanpa botol plastik kita mulakan di bangunan canselori dan jika semua pihak berpuas hati kita akan laksanakan di seluruh UMS selepas dua bulan iaitu tiada lagi botol plastik dibenarkan di kampus ini,” katanya ketika ditemui media pada program pengurusan sisa sampah UMS di bangunan Canselori UMS kelmarin.

Awangku berkata, pihaknya mendapati tiga sisa sampah utama yang menyumbang kepada pencemaran di kampus itu ialah plastik, kertas dan botol plastik.

Sehubungan itu katanya, menerusi kempen kesedaran terbabit pihaknya juga melakukan pelbagai usaha termasuk pemasangan ‘water dispenser’ bagi usaha mengurangkan penggunaan minuman botol plastik.

“Kita juga mengarahkan pihak koperasi kita supaya mencari alternatif lain seperti menjual botol air ataupun menerusi pemasangan water dispenser.

“Kadangkala memang tidak dapat dielakkan menggunakan minuman botol plastik lebih-lebih lagi jika terdapat aktiviti ‘outdoor’, bagaimanapun kita cadangkan mereka menggunakan pet botol yang mana bahan ini dikitar semula…jadi ini adalah material mampan untuk kita,” jelasnya.

Awangku berkata, pihak UMS turut mengadakan kolaborasi bersama Universiti Hokkaido Jepun bagi reka bentuk intepretasi pusat kitar semula UMS yang dijangka siap pada tahun ini.

Katanya, pihak UMS dan Hokkaido juga akan bekerjasama dalam menghasilkan baja organik yang berkualiti tinggi menerusi sisa makanan daripada kampus UMS.

“Apabila pusat kitar semula UMS berjaya disiapkan segala usaha kitar semula termasuk sisa plastik, sampah, botol dan makanan akan dilakukan di sini,” katanya.

Pada program pengurusan sisa sampah itu, dua speaker dijemput khas iaitu pensyarah UMS Nurmin Bolong dan Tsuji Nobuyuki daripada Universiti Hokkaido.

Menurut Awangku, Tsuji adalah perancang bagi program kitar semula di Bandar Furano, Jepun yang mengaplikasikan purata 90 peratus aktiviti kitar semula.

Komen


Berita Berkaitan