Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,766

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

UMS anjur seminar Kejuruteraan Bioproses Antarabangsa

8:12pm 26/01/2016 Leolerry Lajius 50 views Tempatan
Joisin Romut (Lima dari kanan barisan belakang) bergambar bersama peserta seminar.

Joisin Romut (Lima dari kanan barisan belakang) bergambar bersama peserta seminar.

KOTA KINABALU: – Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerusi Fakulti Kejuruteraan dengan kerjasama UMS Invesment Holdings Sdn Bhd (UiNVEST) telah menganjurkan Seminar Kejuruteraan Bioproses Antarabangsa di Hotel Klagan Regency, 1 Borneo, disini, hari ini.

Kejuruteraan Bioproses merupakan pengkhususan terhadap kejuruteraan kimia yang berkaitan dengan reka bentuk dan pembangunan peralatan serta proses untuk membuat produk seperti pertanian, makanan, pharmaceuticals, nutraceuticals, bahan kimia, polimer dan kertas dari bahan-bahan biologi  dan rawatan sisa air.

Bioproses juga berkaitan dengan pembelajaran mengenai proses bioteknologi yang digunakan dalam industri yang menghasilkan produk dalam skala yang besar untuk mengoptimumkan hasil serta meningkatkan kualiti.

Menurut Setiausaha Politik Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Joisin Romut, pengiktirafan kerajaan ke atas sektor bioteknologi telah membawa kepada penggubalan dasar baru yang berkuatkuasa pada tahun 2005 dan kini telah memasuki fasa ketiga pelaksanaannya yang memberikan fokus kepada syarikat negara ini sebagai pemain bioteknologi global serta membangunkannya sebagai perniagaan utama.

“Sektor bioteknologi telah menerima sokongan daripada pihak kerajan kerana sektor ini menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan ia dijangka akan menjana pendapatan di rantau ini sebanyak US$72 menjelang tahun 2020,”katanya ketika berucap pada majlis tersebut mewakili Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Panglima Madius Tangau.

Turut hadir dalam majlis pada majlis tersebut Timbalan Naib Canselor UMS Prof. Dr. D Kamarudin D Mudin, Dekan Fakulti Kejuruteraan Prof. IR. DR. Rosalam Hj Sarbatly serta peserta-peserta yang mengikuti seminar tersebut yang akan diadakan bermula pada 26 sehingga 29 Januari tahun ini.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan