Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,696

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

UMS anjur persidangan ICCBPE 2015

1:56pm 10/12/2015 Elezebeth Esther Onjining 18 views Tempatan
Professor Dr. D Kamarudin D Mudin (kanan) memberi cenderahati kepada Abdul Kadir (Kiri)

Professor Dr. D Kamarudin D Mudin (kanan) memberi cenderahati kepada Abdul Kadir (Kiri). foto oleh Jimmy Tan/Sayangsabah

KOTA KINABALU- Universiti Malaysia Sabah (UMS), hari ini telah mengadakan satu persidangan ” International Chemical and Bioprocess Engineering ” (ICCBPE) edisi ke-5. Persidangan tersebut akan berlansung selama empat hari yang bermula kelmarin sehingga 12 Disember, tahun ini.

Persidangan tersebut bertemakan “From earth for the Earth” turut membincangkan empat perkara utama termasuklah penggunaan teknologi dalam industri minyak dan gas, pengurusan sisa, bio-ekonomi dan penggunaan sumber tenaga.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Industri, Datuk Seri Panglima Raymond Tan Shu Kiah berkata penyelidikan yang telah dilakukan harus diaplikasikan ke dalam teknologi sedia ada agar teknologi tersebut semakin canggih dan dapat membantu mengubah kehidupan, dan lanskap ekonomi khususnya negeri Sabah.

“Pihak kementerian telah bekerjasama dengan pihak UMS untuk menggunakan sumber-sumber sedia ada di negeri ini bagi membangunkan sumber manusia dan meningkatkan asas pengetahuan untuk industri di Sabah seperti Industri Minyak dan Gas serta Industri Minyak Sawit”, katanya.

Teks ucapan beliau dibaca oleh Ketua Pegawai Eksekutif Sipitang Oil and Gas Development Corporation Sdn Bhd, Tuan Abdul Kadir Haji Abdullah @ OKK Hj Damsal semasa perasmian persidangan ICCBPE, di Pasific Sutera,di sini.

Menurut beliau, walaupun Malaysia mempunyai sumber minyak dan gas serta minyak kelapa sawit yang mencukupi, namun, kurangnya sumbangan dari kejuruteraan kimia dalam memperkenalkan keadah dan teknologi baru bagi memproses sumber alam di negeri ini. -Oleh Elezebeth Esther/ Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan