Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Umpan buaya

 SEKUMPULAN pelancong China yang dirakam menghulur makanan kepada buaya berkenaan. - Daily Mail
SEKUMPULAN pelancong China yang dirakam menghulur makanan kepada buaya berkenaan. – Daily Mail

Bangkok: Sebuah taman tarikan pelancong ditutup selepas gambar tersebar menunjukkan pengunjung dari China termasuk kanak-kanak menggadai nyawa berdiri memberi makan buaya dari dalam sangkar besi kecil.

Gambar dirakam di Elephant Kingdom di Chonburi itu dimuat naik ke Twitter Jumaat lalu mencetuskan kemarahan kerana meletakkan nyawa pengunjung berkenaan dalam bahaya.

Pengunjung berkenaan dilihat berdiri di dalam struktur seperti sangkar yang diapungkan di atas tong plastik sambil memberi puluhan buaya di bawah makanan yang diikat pada batang kayu halus.

Malah ada buaya yang dilihat melompat keluar dari air untuk mendapatkan daging yang dihulurkan.

Gambar itu dirakam seorang pemandu beca bermotor yang kebetulan lalu di situ. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan